Sunday, January 16, 2011

simpati dipinta.(part 1)

RINGKASAN.

        Cerita ini mengisahkan seorang pelajar,Syazwan yang tidak faham tentang simpati.Dia tinggal bersama abangnya,Ariss, di sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur.Mereka tinggal bersama jirannya di tingkat lima pangsapuri itu.Mereka terdiri daripada Amal Hariz,seorang posmen yang baru sahaja ditimpa kecederaan akibat kemalangan jalan raya.Azri,seorang juruteknik.Tiga beradik yatim piatu,Izati,Rabiatul Adawiyah dan Najihah.Seterusnya,Ana dan Amira yang baru tiga bulan tinggal di situ.Akhir sekali,Adibah,seorang pelajar kolej yang menyewa pangsapuri itu bersama mereka.Dia juga rakan baik kepada Syazwan.

        Ariss bekerja di sebuah bengkel di Bangsar yang diwarisi daripada ayahnya.Dia bekerja bersungguh-sungguh sehingga berjaya memajukan semula bengkel itu.Lain pula Syazwan,dia suka berfoya-foya,ponteng kuliah,dan sebagainya.Padanya mulanya,hubungan mereka amat baik.Namun begitu keadaan menjadi sebaliknya  apabila Syazwan mula tidak menyenangi sikap abangnya.

       Syazwan tidak suka abangnya,Ariss melakukan amalan kebajikan.Dia menolong jirannya seperti Amal Hariz menguruskan dirinya yang baru ditimpa kemalangan.Dia juga memberi bantuan kewanagn kepada tiga beradik yatim piatu,membayarkan sewa rumah untuk Ana dan Amira serta membayar yuran pengajian kepada Adibah.Ariss juga meminjamkan Azri sebuah kereta untuk ke tempat kerja selepas kereta Azri dicuri sebulan lalu.

      Kebencian Syazwan terhadap abangnya semakin menular.Baginya,mereka boleh menguruskan diri sendiri.Mereka ada tangan dan kaki untuk bekerja.Kenapa pula mereka perlu?Itulah anggapan syazwan.Dia langsung tidak faham tentang kebajikan.Ariss pernah menasihatinya supaya berubah sikap.Namun nasihatnya bagai mencurah air ke daun keladi.

BERSAMBUNG....